KUALA LUMPUR 10 Jan. - Konteks penggunaan perkataan 'paria' dalam novel Interlok boleh dijelaskan dengan tepat kepada pelajar Tingkatan Lima yang bakal menggunakannya sebagai komponen teks sastera mulai tahun ini.
Sasterawan Negara, Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan berkata, malah istilah tersebut tidak perlu diubah atau digantikan dengan perkataan lain cuma diterangkan melalui nota kaki di bawah halaman novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.
''Memang menjadi tugas guru untuk menerangkan kepada pelajar penggunaan perkataan ini yang dianggap sensitif supaya generasi muda dapat memahaminya mengikut konteks asal.
''Ini kerana latar sosial masyarakat India melalui kasta tersebut sememangnya wujud mengikut sejarah peradaban India,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai polemik Interlok yang diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini.
Penggunaan novel itu mendapat bantahan kerana dikatakan bersikap perkauman sehingga mendorong ia dibakar oleh kira-kira 100 kaum India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.
Beliau yang juga dikenali Anwar Ridhwan menjelaskan, tidak ada sebarang cacat cela pada novel itu sehingga boleh menimbulkan kemarahan sebilangan masyarakat India negara ini kecuali ia dipolitikkan bagi tujuan tertentu.
''Novel tersebut merakam peristiwa sejarah di ambang kemerdekaan ketika Malaysia didatangi buruh-buruh asing bagi tujuan ekonomi kolonial dan penulis menceritakan peristiwa itu berdasarkan bukti sosiobudaya pada masa itu.
''Mereka harus faham sebuah teks yang mentafsir sejarah masyarakat India sebagaimana yang turut diceritakan dalam sebuah karya India, Mulk Raj Anand, berjudul 'Untouchable','' katanya.
Sehubungan itu, Anwar Ridhwan menyokong agar penggunaan novel tersebut diteruskan sekali gus amat kecewa dengan sikap tidak intelektual perbuatan membakar novel itu.
''Ia sebenarnya boleh diselesaikan melalui perundingan antara dua pihak bukan dengan cara berdemonstrasi di jalanan,'' katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, istilah paria dalam novel itu boleh dianggap relevan pada zaman yang dibicarakan dan ia perlu diambil iktibar oleh masyarakat ketika ini.
''Sebarang pertentangan pendapat perlu dibincang terlebih dahulu dan memahami keseluruhan novel tersebut bukan sekadar memetik beberapa perenggan dan dipolitikkan walaupun novel itu bersifat pendidikan.
''Biar kerajaan memutuskan langkah terbaik kerana novel itu hak mutlak penulis dan semua pihak harus menghormatinya,'' katanya.
- Utusan Malaysia
Selasa, 25 Januari 2011
Isnin, 24 Januari 2011
Tutor TV di Chanel 601 Astro
Bimbang akan peperiksaan UPSR?
Jangan bimbang - Astro Tutor TV kembali atas permintaan ramai mulai 11 Januari 2011, saluran ini akan disiarkan sepanjang tahun di nombor baru, saluran 601. ASTRO TUTOR TV adalah percuma kepada pelanggan sekolah dan pakej Astro Family. Tontonilah program kegemaran UPSR anda untuk mempelajari subjek-subjek penting UPSR seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.
Untuk maklumat lanjut sila layari url berikut : http://www.astro.com.my/examtutor/articles/art_1496.html
Ahad, 23 Januari 2011
Selamat Datang ke blog Tadika Damai Sutera
Tadika Damai Sutera merupakan pusat perkembangan kanak-kanak yang ditubuhkan khusus untuk pendidikan awal kepada anak-anak yang seiring dengan perkembangan dan perubahan dasar pendidikan kanak-kanak mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia
Tadika Damai Sutera memberikan tumpuan kepada pendidikan awal pra-sekolah dengan pendekatan rangsangan terhadap kebolehan fizikal dan mental anak-anak selain bekerjasama dengan ibu bapa dalam membantu pembentukan dan perkembangan anak-anak dalam pelbagai aspek
Dengan sukatan yang dirangka berpadanan dengan suasana pendidikan yang menarik dan mesra, Damai Sutera memenuhi segala keperluan anak-anak dan ibu bapa mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi menjamin keselamatan anak-anak di bawah jagaan kami Sukatan yang disediakan amat bersesuaian dengan setiap usia pelajar dengan bimbingan guru-guru berpengalaman yang dipilih dan dilatih dengan pelbagai aspek tugasan dan keadaan di sini.
Dengan sokongan dan kepercayaan ramai, Tadika Damai Sutera kini meneruskan langkah ke hadapan dalam menjayakan misi dan visi ini.
"Where Learning is Child's Play!"
Sukatan Seiring KSSR
Latar Belakang
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus utama teras kedua PIPP 2006-2010.
Gagasan ketiga Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006
yang menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada:
-Pembangunan modal insan
-Penghasilan pelajar celik minda
-Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
-Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al bab
Penambahbaikan Kurikulum Sekolah Rendah1983 – Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1993 – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 – KBSR (Semakan)
2010/2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip KBSR- pendekatan bersepadu
- perkembangan individu secara menyeluruh
- peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- pendidikan seumur hidup
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus utama teras kedua PIPP 2006-2010.
Gagasan ketiga Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006
yang menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada:
-Pembangunan modal insan
-Penghasilan pelajar celik minda
-Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
-Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al bab
Penambahbaikan Kurikulum Sekolah Rendah1983 – Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1993 – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 – KBSR (Semakan)
2010/2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip KBSR- pendekatan bersepadu
- perkembangan individu secara menyeluruh
- peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- pendidikan seumur hidup
Langgan:
Catatan (Atom)